sportrim motorsikal

jenis dan harga sportim motorsikal

sportrim motorsikal menjadi salah satu kepentingan pada motorsikal. terdapat pelbagai jenis sportrim motorsikal dan harga yang berbeza-beza dari yang murah hingga ke mahal dan dari yang biasa hingga ke limited edition. disini saya akan berkongsikan jenis sportrim yang menjadi kegilaan ramai dan banyak digunakan oleh orang.

1)  racingboy sp522
sportrim sebenarnya telah lama wujud namun baru menjadi fenomena setelah ramai orang yang menggunakannya di y15zr. dan terus melonjak naik. harga untuk sportrim ini tidak terlalu mahal iaitu bermula dari rm300 dan keatas, harga sportrim ini bergantung kepada seller yang menjualnya, lain seller lain harga ye gaess.

2) racingboy fg510
sportrim ini digelar sportrim bangsawan kerana harganya yang agak yahudi. pada asalnya sportrim ini dijual pada harga 2000. setelah menjadi viral banyak orang yang mencarinya, setelah mendapatkannya mereka akan menjualnya pada harga yang lebih mahal. sportrim ini memang mahal dikeranakan materialnya yang diperbuat dari material full titanium. harga terbaru yang saya tahu ialah paling murah berharga rm5000.

3)mbx80

sportrim ini berasal dari motor 80-an iaitu honda mbx. motornya tidak mempunyai harga tetapi sportrimnya menjadi idaman. kebanyakkan sportrim ini digunakan di yamaha RX-Z. kerana saiz sportrim nya yang bersaiz besar. harga terkini untuk sportrim ini ialah rm2500 bergantung kepada conditionnya.

4) AR80
sportim ini berasal dari motor kawasaki AR. sportrim ini tidaklah terlalu menjadi kegilaan ramai namun harganya boleh tahan cekik darah jugak lah. iaitu rm 4000 keatas. 

5) GTO

ini merupakan sportrim paling mahal yang pernah wujud di malaysia. harganya terlalu mahal berbanding kelebihannya tidak terlalu banyak. hanya saja keluaran nya yang terhad dan sukar diperoleh. harganya sertakat ini yang paling murah ialah rm7000 untuk condition yang paling baik.

6) tiga batang enkei putih 

sportrim ini juga antara yang banyak digunakan oleh kalangan pengguna motorsikal dimalaysia. sportrim ini kebanyakannya ada pada yamaha 125zr. harganya tidak terlalu mahal iaitu rm1000. walaupun rm1000 tetap lah berhati-hati ketika parking ditempat awam kerana ramai penyangak yang suka mencuri sportrim ini.

7) tiga batang enkei oren.

sportim ini sama saja dengan yang colour putih. namun harganya berbeza. sportrim ini berasal dari thailand dan dibawa masuk ke malaysia. harganya bermula dari rm1700. tidak banyak yang menggunakannya dan dianggap limited. namun ketika hendak membelinya pastikan berhati-hati kerana terdapat keluaran copy ori. jangan sampai tertipu ye.


Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN TAYAR MOTOR

tips pemilihan minyak 4t