harga motorsikal jenis yamaha

yamaha motor memiliki berbagai jenis motorsikal yang dikeluarkan. yamaha juga sentiasa melakukan inovasi pada motor yang sedia ada juga. yamah sudah cukup terkenal di Malaysia. tidak kira dari kalangan anak muda hinggalah ke orang dewasa.

yamaha juga menawarkan harga yang tidak mahal sehinggakan mampu dibeli oleh orang ramai. yang terbaru adalah yamaha y15zr. motor ini menjadi satu fenomena di Malaysia dan ramai artis yang membeli motor ini dan mengubahsuai menjadi lebih cantik dan laju.

disini saya akan menunjukkan beberapa jenis motor yamaha dan harganya juga.

1) yamaha 125zr

yamaha 125zr telah lama wujud sejak 1999 lagi. namun ianya tetap menjadi pilihan orang muda kerana reka bentuknya yang menarik. kalau orang tua mungkin kurang berminat kerana ia di kategorikan sebagai 2 stroke dan pastinya menggunakan minyak 2t, ianya melecehkan. namun hong leong yamaha telah menghentikan pengeluarannya pada 2019. keluaran terakhir adalah sebanyak 50,000 biji motorsikal. harganya adalah rm9,000 ringgit.

2) yamaha lc135
yamaha lc telah wujud sejak 2006 lagi. dan telah beberapa kali melakukan inovasi dari segi bentuknya,  yamaha lc sangat sesuai digunakan untuk kegunaan harian kerana penggunaan minyak yang sangat jimat. harganya adalah rm7,500 ringgit.

3) yamaha lagenda 115 fi
yamaha lagenda ini mempunyai peminat yang agak ramai namun masih dibawah yamaha lc dikeranakan cc nya yang rendah. jadi orang menganggap ianya kurang laju. kebanyakan orang membeli motorsikal ini untuk digunakan pergi kerja kerana enijn nya yang tahan lasak dan tidak mudah rosak. harganya rm 6000.

4)yamaha nvx 155
 yamaha nvx adalah motor jenis auto atau biasa dipanggil scooter. motor ini sangat sesuai digunakan oleh orang perempuan kerana tidak perlu menggunakan gear. kapasiti enjin nya juga besar iaitu 155 cc. dan boleh digunakan untuk jalan jauh. harganya rm11,500.

5) yamaha y15zr
 yang terakhir adalah yamaha y15zr atau lebih dikenali sebagai ysuku. motor ini sangat fenomena di Malaysia kerana ramai artis yang menggunakannya. ada juga yang membeli lalu mengubah suai menjadi lebih cantik dan laju. aksesorinya tidak murah ada yang sanggup menghabiskan sehingga berpuluh puluh ribu untuk menjadikan motornya lebih menarik. harga motornya adalah rm12,000 namun modifikasinya ada yang mencecah rm15,000.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PEMILIHAN TAYAR MOTOR

sportrim motorsikal

tips pemilihan minyak 4t